Quantcast
Channel: KiniINFO.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 31

Laluan Pekerja Miliki Ijazah Melalui ‘APEL’, Definisi dan Kriteria Kemasukan

$
0
0

Program_APELPeluang bagi pekerja berpengalaman yang tidak memiliki ijazah sarjana muda untuk melanjutkan pelajaran terus ke peringkat tersebut. Langkah yang diperkenalkan kerajaan dalam mendemokrasikan proses pembelajaran peringkat tertinggi dengan mewujudkan laluan baharu kepada mereka yang berminat.

Program yang diperkenalkan iaitu program Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Apel), akreditasi/pengiktirafan terhadap pembelajaran terdahulu.

APEL telah diamalkan pelbagai negara dengan cuma istilah yang digunakan berbeza. Accreditation of Prior Learning (United Kingdom); Recognition of Prior Learning (Australia, Afrika Selatan, Scotland dan Ireland); Recognition of Current Competency (New Zealand); Prior Learning Assessment and Recognition (Kanada); dan Prior Learning Assessment (Amerika Syarikat).

Program yang berfungsi sebagai salah satu alternatif kepada mereka yang kurang atau tiada kelayakan akademik tetapi mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Calon akan diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

Setakat ini empat program ijazah sarjana ditawarkan sejak 18 Februari lalu iaitu pentadbiran perniagaan, teknologi maklumat, pendidikan dan seni persembahan.
Kriteria Kemasukan

Pemohon hendaklah mematuhi kriteria kemasukan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) seperti yang berikut:

Program di Peringkat Sijil
Calon hendaklah berumur 19 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat serta memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

Program di Peringkat Diploma
Calon hendaklah berumur 20 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat serta memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

Program di Peringkat Ijazah Pertama
Calon hendaklah berumur 21 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat serta memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

Program di Peringkat Ijazah Sarjana
Calon hendakalah berumur 30 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat, memiliki sekurang-kurangnya STPM / diploma / setara (sebagai contoh, asasi) dengan pengalaman kerja yang berkaitan.

Program di Peringkat Kedoktoran
Calon hendaklah berumur 35 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat, memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Pertama dalam bidang yang berkaitan atau setara, dengan 5 tahun pengalaman kerja yang berkaitan.

Muat turun Garis Panduan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) DI SINI

Pihak MQA-Malaysian Qualifications Register akan bertindak sebagai pusat penilaian utama bagi APEL. Peranan MQA sebagai pengendali APEL adalah seperti yang tertakluk di dalam Seksyen 74-77 (Bahagian VIII – Perkara 7) di dalam Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007. Rujuk laman MQA DI SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 31

Latest Images